Monday, 3 July 2017

ROAD TO KRABI 2016

Entri kali ini panjang lebar sikit harap rakan-rakan tak bosan nak baca travelog saya dan rakan-rakan ke Krabi,Thailand pada 05/08/2016 hingga 08/08/2016...


Kami menaiki kenderaan sendiri menuju ke Krabi, Thailand... ada yang tanya, kenapa tak naik flight jer, dah kami minat mengembara, so kami pilih naik kerete.. jauh perjalanan luas pemandangan....

HARI PERTAMA - 05/08/2016 ( Jumaat )
Jam 4.30am mula bergerak dari Plaza Tol Tapah..Tiba di Changloon,Kedah kami singgah di sebuah kedai di kawasan pekan untuk selesaikan insurance dan white card...Untuk insurance jumlah yang perlu dibayar adalah RM17 bagi 9hari dan white card RM2 untuk seorang..Kami memasuki Thailand menggunakan border Wang Kelian..sebelum ke Imigresen kami penuhkan minyak kereta dan terdapat satu sahaja stesen minyak berhampiran border. Mula-mula sekali pasport akan disahkan terlebih dahulu oleh Imigresen Malaysia.
Apabila kndraan memasuki Thailand sekali lg semakan pasport oleh Imigresen Thailand.Selepas selesai Imigresen Thailand dokumen kenderaan disemak oleh kastam Thailand dan segala data kenderaan dimasukkan kedalam sistem kastam Thai.Bagi sebuah kereta perlu mmbyr RM10, bagi yang membawa kenderaan org lain dan owner kenderaan tiada perlu disertakan sekali surat kebenaran owner utk mmbawa kenderaan ke Thailand. Sesudah memasuki kawansan Thailand 1st kami membeli simcard telefon bernilai 399bhat dgn kuota tersedia 1.5GB. Perjalanan dimulakan 100% menggunakan google maps, jangan pelik jika google maps membawa laluan ke dalam kebun getah kerana itu adalah alternatif.
Kami tiba di Goodwill Aonang Hotel Krabi dlm pukul 5.30pm wkt Thai dan 6.30pm wkt Malaysia yg telah kami tempah mnggunakan Trivago dgn hrga RM240 bg 4hri 3mlm...barang dh dibawa ke bilik bermula lh pncrian pckge utk hari ke-2 & 3.. Waktu mlm kami ke Night Market utk shopping menggunakan prkhdmtn Van dgn byrn 1200bhat

HARI KEDUA
06/08/2016 (Sabtu)
Hari ke-2 di Krabi dimulakan dgn pergi ke 4 pulau..Harga yg kami dapat utk dewasa 350bhat/1org dan kanak2 berumur 5tahun 250bhat.sprti biasa Tax 400bhat/seorang..dlm pakej 4pulau ini termasuk sekali mkn tengahari..Utk kesemua 4pulau ini kami bermula 9.30pg dan balik ke hotel jam 4.30pm. Penat tak hilang kami sewa scuter dgn hrga 200bhat/1hari utk shopping sekali lg dikawasan hdpn pantai..

7/8/2016 (Ahad)
Hari ke-3 di Krabi kami pergi ke Hot Stream,Emerald Pool,Tiger Cave dan Elephant Safari..utk pckge ini bayaran dikenakan sebanyak 800bhat trmasuk makan tnghri.kami bermula jam 8.30am sehingga 5.00pm..tiba dihotel kami hbiskan wktu ptg dgn brjln2 dikwasan pantai sambil tunggu wkt sewa scuter tamat.

8/8/2016 (Isnin)
Hari terakhir di Thai kami mula bergerak jam 8.30am menuju ke Tugu Ketam utk bergambr kenangan.Perjalanan pulang ke Malaysia kami menggunakan laluan Hat Yai-Padang Besar.Shopping diteruskan lagi dgn mmbeli beras 5kg/1org di kawasan sempadan Padang Besar sebelum kami keluar dari Thai. Sebelum memasuki Malaysia seperti biasa semakan dan cop Imigresen Thai dan seterusnya pemulangan Pas kndraan di kastam Thai..memasuki Malaysia sekali lg semakan dan cop di Imigresen Malaysia dan checking barang yg dibawa dan dibeli di Thai...

Alhamdulillah dgn kelajuan hanya 110km/j dikawasan Thai kami hanya mengisi sekali shj minyak di Hat Yai Thai sewKtu balik ke Malaysia dgn mengisi sebanyak 200-300bhat.selebihnya perjlnn kami mnggunakan minyak yg di isi di Wang Kelian...minyak di Thai Ron95 berharga 22.35bhat/1litr bsmaan RM2.60/1litr...

Road To Krabi berjaya dgn jaya nya dan kami semua enjoy...








No comments:

Post a Comment

SAYA DAN MUZIK

Saya dan muzik tidak dapat dipisahkan....walaupun tak pernah join mane-mane pertandingan. Saya suke sangat dengar lagu yang betul-betul m...