Tuesday, 25 July 2017

ASAL USUL BAGAN DATUK

Walaupun saya bukan dilahirkan di Bagan Datuk tetapi saya dibesarkan di sini selama hampir 30 tahun. Banyak perkembangan yang saya lihat sepanjang waktu saya membesar. Ramai yang x tahu sejarah asal nama Bagan Datuk yang kini berusia lebih 100 tahun. Jom ambik masa sikit tuk baca entri saya kali ini. 
"BAGAN DATOH a.k.a BAGAN DATUK"
Bagan Datoh atau lebih sinonim dengan panggilan Bagan Datok oleh masyarakat setempat, merupakan sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 40km dari Bandar Teluk Intan. Kesuburan tanah di Bagan Datoh Perak ini telah menjadikannya sebagai penempatan yang cukup terkenal dengan tanaman kelapa di seantero negara. Keadaan geografi dan jenis tanah yang terdapat di Bagan Datoh telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat.
Tok Upor dan Tok Kelah Serta 5 Sahabat Peneroka Awal:
Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Upor danTok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Upor dan Tok Kelah merupakan antara 7 Sahabat perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan di Muara Sungai Perak yang berhijrah dari Batu Bara , Sumatera.
Sejarah Bagan Datuk bermula dengan penghijrahan 7 sahabat dari Batu Bara ke Muara Sungai Perak. Petempatan di pesisir Sg Perak dahulu di kenali sebagai "Bagan".
Tokoh Utama Pembuka Bagan Datuk ialah Tok Upor (Penghulu Pertama yg dilantik oleh pihak istana) dan Tok Kelah ! Dahulu Bagan Datuk adalah pertempatan yang ada di Kg Pasang Api ! Jika check lokasi map Google Kg Pasang Api tercatat sebagai "Bagan Datuk Lama".
Ini dibuktikan dengan kewujudan kubur 2 Tokoh pembuka Bagan Datuk ini di Kampung Pasang Api.
Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Upor dan Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “Bagan” oleh masyarakat tempatan.
Manakala nama Tok Upor dan Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Upor dan Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.
Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.

No comments:

Post a Comment

SAYA DAN MUZIK

Saya dan muzik tidak dapat dipisahkan....walaupun tak pernah join mane-mane pertandingan. Saya suke sangat dengar lagu yang betul-betul m...