Pada hari ini, anda sedia boleh menyemak keadaan trafik semasa dengan
mudah menggunakan beberapa aplikasi – termasuk apa yang ditawarkan oleh
kerajaan seperti eDrive.
Walaubagaimanapun, ia sekadar menunjukkan keadaan semasa, dan sukar
untuk membuat perancangan dalam masa sejam dua akan datang.
Untuknya, kini Google mempermudahkan para pengguna seluruh dunia
untuk membuat perancangan perjalanan melalui ciri baru pada Google Maps.
Kini, apabila anda memilih untuk membuat navigasi ke sesuatu lokasi,
suatu graf bar diperlihatkan dengan keadaan trafik untuk beberapa jam
akan datang. Melaluinya, Google menggunakan data terkumpul mereka untuk
membuat ramalan keadaan trafik mengikut masa ke sesuatu lokasi.
Ini memudahkan anda memilih waktu untuk keluar, dan memilih masa
keadaan trafik paling kurang untuk mengurangkan kadar tekanan di atas
jalan-raya.
Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menguji ciri baru ini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SAYA DAN MUZIK
Saya dan muzik tidak dapat dipisahkan....walaupun tak pernah join mane-mane pertandingan. Saya suke sangat dengar lagu yang betul-betul m...
-
Walaupun saya bukan dilahirkan di Bagan Datuk tetapi saya dibesarkan di sini selama hampir 30 tahun. Banyak perkembangan yang saya lihat ...
-
SEJARAH LANGKAWI... Entri kali ni saya nak share mengenai sejarah Langkawi. Saya sendiri dah banyak kali jugak pergi Langkawi tapi masi...
-
Dinosaur yang paling dikenali ramai pastinya adalah Tyrannosaurus Rex . Dalam Bahasa Malaysia, ia bermakna raja cicak yang kejam. Nama in...
No comments:
Post a Comment