Kajian yang dilakukan oleh Profesor William Sellers dari University of Manchester’s School of Earth and Environmental Sciences mendapati kelajuan larian T-Rex hanya sekitar 27 km/j. Ini adalah lebih perlahan dari Usian Bolt yang mampu berlari pada kelajuan 28 km/j.
Profesor Sellers melakukan simulasi biomekanik pada rangka T-Rex bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering didebatkan komuniti paleontologi. Sebelum ini ada pendapat gergasi zaman lewat Cretaceous (bukan dari Jurasik) ini boleh berlari pada kelajuan maksimum 72 km/j.
Pada pendapat Profesor Sellers, hanya T-Rex muda boleh berlari pantas tetapi apabila saiz tubuh membesar, tulang tidak mampu menampung berat dan akan patah apabila berlari lebih pantas. Ini menjawab persoalan mengapa tiada peninggalan tapak kaki T-Rex sedang berlari ditemui oleh paleontologis setakat ini.
Terdapat banyak babak di dalam Jurassic Park yang kini terbukti salah dari pandangan sains. Sebelum ini saintis mendapati T-Rex tidak mengaum seperti singa tetapi berkicau seperti burung dan Velociraptor berbulu seperti burung dan bukan bertubuh licin.
Sumber Rujukan: University of Manchester
No comments:
Post a Comment