Saya dan muzik tidak dapat dipisahkan....walaupun tak pernah join mane-mane pertandingan. Saya suke sangat dengar lagu yang betul-betul membuatkan saya tenang. Video yang saya buat ni tak de pon wajah saya cume dengar suara jela. Harap korang x bosan dengar suara saya yang menyumbangkan lagu-lagu yang saya upload dalam blog ni..Harap korang bertabahjela ye dengar suara saya yang sangat-sangat 'merdu' ni...
Monday, 31 July 2017
SAYA DAN MUZIK

Tuesday, 25 July 2017
JOM BUAT AISKRIM BERSAMA TUPPERWARE....
ASAL USUL BAGAN DATUK
Walaupun saya bukan dilahirkan di Bagan Datuk tetapi saya dibesarkan di sini selama hampir 30 tahun. Banyak perkembangan yang saya lihat sepanjang waktu saya membesar. Ramai yang x tahu sejarah asal nama Bagan Datuk yang kini berusia lebih 100 tahun. Jom ambik masa sikit tuk baca entri saya kali ini.
"BAGAN DATOH a.k.a BAGAN DATUK"
Bagan Datoh atau lebih sinonim dengan panggilan Bagan Datok oleh masyarakat setempat, merupakan sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 40km dari Bandar Teluk Intan. Kesuburan tanah di Bagan Datoh Perak ini telah menjadikannya sebagai penempatan yang cukup terkenal dengan tanaman kelapa di seantero negara. Keadaan geografi dan jenis tanah yang terdapat di Bagan Datoh telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat.
Tok Upor dan Tok Kelah Serta 5 Sahabat Peneroka Awal:
Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Upor danTok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Upor dan Tok Kelah merupakan antara 7 Sahabat perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan di Muara Sungai Perak yang berhijrah dari Batu Bara , Sumatera.
Sejarah Bagan Datuk bermula dengan penghijrahan 7 sahabat dari Batu Bara ke Muara Sungai Perak. Petempatan di pesisir Sg Perak dahulu di kenali sebagai "Bagan".
Tokoh Utama Pembuka Bagan Datuk ialah Tok Upor (Penghulu Pertama yg dilantik oleh pihak istana) dan Tok Kelah ! Dahulu Bagan Datuk adalah pertempatan yang ada di Kg Pasang Api ! Jika check lokasi map Google Kg Pasang Api tercatat sebagai "Bagan Datuk Lama".
Ini dibuktikan dengan kewujudan kubur 2 Tokoh pembuka Bagan Datuk ini di Kampung Pasang Api.

Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Upor dan Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “Bagan” oleh masyarakat tempatan.
Manakala nama Tok Upor dan Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Upor dan Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.
Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.
SEJARAH DAN LAGENDA LANGKAWI
SEJARAH LANGKAWI...
Entri kali ni saya nak share mengenai sejarah Langkawi. Saya sendiri dah banyak kali jugak pergi Langkawi tapi masih lagi ada tempat-tempat bersejarah yang belum saya singgah.Jom baca serba sedikit sejarah Langkawi.
Langkawi terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km daripada Kuala Perlis dan 51 km daripada Kuala Kedah. Pulau utama dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau-pulau ini mempunyai warisan mitos dan lagenda yang menarik, antaranya kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta. Mitos yang sering dikaitkan dengan Langkawi Pulau Lagenda ialah Mahsuri Wanita berdarah putih.
Langkawi telah dianugerahkan status "Geopark" oleh UNESCO, untuk keindahan warisan geologinya, yang terdiri daripada landskap yang indah, binaan batu kapur, gua, gerbang laut, longgokan rumput kering, batu tinggalan glasier dan fosil-fosil. Dengan sejarah geologi sejak dari 500 juta tahun lalu, pulau-pulau ini mempunyai formasi batu unik yang membangkitkan imaginasi dan mengelirukan minda.
Langkawi adalah tempat yang sesuai untuk merehatkan minda setelah penat bekerja bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Nikmatilah aktiviti berasaskan alam semulajadi, atau bersantai di tepi pantai. Terdapat juga beberapa tempat-tempat menarik untuk mereka yang gemar menikmati permandangan. Senyuman lembut dan layanan mesra akan menawan anda. Datanglah ke Langkawi untuk percutian yang lain daripada yang lain.
LAGENDA LANGKAWI
Mahsuri
Mahsuri merupakan anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Mahsuri telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu mertuanya merasa iri hati dengan kecantikan dan penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya, Mahsuri dihukum mati.
Pada hari hukuman berlaku, keris keramat kepunyaan keluarga Mahsuri sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih dan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.
Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan. Kebenaran sumpah Mahsuri itu telah termakbul apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.
Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju setelah tujuh keturunan berada di dalam kepayahan.
Tasik Dayang Bunting
Tasik ini diberi nama sedemikian kerana menurut satu lagenda lama, ia mengisahkan tentang perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan mereka ini telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini.
Setelah itu, beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan. Puteri itu telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat mendapat zuriat dan dipercayai perempuan yang mandul boleh kembali subur.
Mat Chincang & Mat Raya
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz mereka yang besar serta kekuatan tenaga luar biasa yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik.
Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya.
Akibatnya, persahabatan diantara kedua keluarga ini terputus dan mereka saling bermusuhan sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan, dan dinamakan sebagai Tanjung Cincin.
Kawasan dimana peralatan yang digunakan untuk memasak itu pecah, dan dinamakan sebagai Kampung Belanga Pecah. Manakala kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah semasa majlis tersebut berlangsung.
Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.
SUMBER: http://www.mplbp.gov.my
Thursday, 20 July 2017
FUNGSI INI PADA GOOGLE MAPS MEMBOLEHKAN ANDA MENGELAKKAN KESESAKAN LALULINTAS
Pada hari ini, anda sedia boleh menyemak keadaan trafik semasa dengan
mudah menggunakan beberapa aplikasi – termasuk apa yang ditawarkan oleh
kerajaan seperti eDrive.
Walaubagaimanapun, ia sekadar menunjukkan keadaan semasa, dan sukar
untuk membuat perancangan dalam masa sejam dua akan datang.
Untuknya, kini Google mempermudahkan para pengguna seluruh dunia untuk membuat perancangan perjalanan melalui ciri baru pada Google Maps.
Kini, apabila anda memilih untuk membuat navigasi ke sesuatu lokasi, suatu graf bar diperlihatkan dengan keadaan trafik untuk beberapa jam akan datang. Melaluinya, Google menggunakan data terkumpul mereka untuk membuat ramalan keadaan trafik mengikut masa ke sesuatu lokasi.
Ini memudahkan anda memilih waktu untuk keluar, dan memilih masa keadaan trafik paling kurang untuk mengurangkan kadar tekanan di atas jalan-raya.
Bagi anda yang menggunakan Google Maps, anda boleh menguji ciri baru ini hari ini.

KAJIAN TERBARU MANDAPATI T-REX TIDAK MAMPU BERLARI SEPANTAS YANG DISANGKA
Dinosaur yang paling dikenali ramai pastinya adalah Tyrannosaurus Rex.
Dalam Bahasa Malaysia, ia bermakna raja cicak yang kejam. Nama ini
diberikan kerana fosil T-Rex yang menakutkan lengkap dengan gigi yang
bergerigi seperti gergaji. Di dalam filem Jurassic Park, T-Rex sering
dipaparkan kejam dan mampu mengejar kenderaan moden. Babak filem ini
mungkin tersasar dari realiti sebenar.
Kajian yang dilakukan oleh Profesor William Sellers dari University of Manchester’s School of Earth and Environmental Sciences mendapati kelajuan larian T-Rex hanya sekitar 27 km/j. Ini adalah lebih perlahan dari Usian Bolt yang mampu berlari pada kelajuan 28 km/j.
Profesor Sellers melakukan simulasi biomekanik pada rangka T-Rex bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering didebatkan komuniti paleontologi. Sebelum ini ada pendapat gergasi zaman lewat Cretaceous (bukan dari Jurasik) ini boleh berlari pada kelajuan maksimum 72 km/j.
Pada pendapat Profesor Sellers, hanya T-Rex muda boleh berlari pantas tetapi apabila saiz tubuh membesar, tulang tidak mampu menampung berat dan akan patah apabila berlari lebih pantas. Ini menjawab persoalan mengapa tiada peninggalan tapak kaki T-Rex sedang berlari ditemui oleh paleontologis setakat ini.
Terdapat banyak babak di dalam Jurassic Park yang kini terbukti salah dari pandangan sains. Sebelum ini saintis mendapati T-Rex tidak mengaum seperti singa tetapi berkicau seperti burung dan Velociraptor berbulu seperti burung dan bukan bertubuh licin.

Sumber Rujukan: University of Manchester
Thursday, 6 July 2017
ACER MEMPERKENALKAN DESKTOP ASPIRE GX281 DENGAN CIP AMD RYZEN DI MALAYSIA
Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah desktop terbaru yang memfokuskan kepada sokongan permainan video dan juga hiburan, iaitu Acer Aspire GX281.
Deskop Acer Aspire GX281 ini hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 1700X, dan mampu menawarkan pengalaman multimedia yang baik dan lancar melaluinya.
Melengkapkan desktop ini adalah kad grafik AMD Radeon RX 480 4GB GDDR5, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan gabungan 256GB SSD + 1TB HDD. Rekaan desktop ini juga turut membawakan beberapa elemen memfokuskan permainan video, dan mampu menguasakan permainan pada resolusi 4K tanpa masalah melaluinya.
Pada bahagian hadapan, desktop ini menyertakan port USB-C, USB-A, pembaca kad-SD, dan juga bicu audio. Pada bahagian belakang desktop ini pula, ia turut hadir dengan dua port USB 3.1, dan 4 port USB 2.0, bicu audio, dan port LAN. Pengguna turut disediakan dengan sambungan HDMI, DisplayPort dan juga DVD Writer.
Di Malaysia, Acer Aspire GX281 ditawarkan pada harga RM5499 dan boleh didapati daripada para pengedar Acer terpilih. Acer turut menawarkan sama jaminan 3 tahun bersama-sama dengan pembelian desktop ini.
SUMBER: AMANZ NETWORK
Tuesday, 4 July 2017
COVER MAJALAH MUSLIM BRIDE
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....haaaa entri kali ni saya cuba-cuba edit gambar ala-ala cover majalah gitu menggunakan laman web www.canva.com. Inilah hasil edit yang saya buat. Nampak simple je kan tapi cantik...ehhhh puji diri sendiri pulak. Saya memilih gambar Majlis Persandingan saya ni sebab ni jela gambar yang paling cantik yang saya ada hehehehehe....
Monday, 3 July 2017
ROAD TO KRABI 2016
Entri kali ini panjang lebar sikit harap rakan-rakan tak bosan nak baca travelog saya dan rakan-rakan ke Krabi,Thailand pada 05/08/2016 hingga 08/08/2016...
Kami menaiki kenderaan sendiri menuju ke Krabi, Thailand... ada yang tanya, kenapa tak naik
flight jer, dah kami minat mengembara, so kami pilih naik kerete.. jauh perjalanan
luas pemandangan....
HARI PERTAMA - 05/08/2016 ( Jumaat )
Jam 4.30am mula bergerak dari Plaza Tol Tapah..Tiba di
Changloon,Kedah kami singgah di sebuah kedai di kawasan pekan untuk selesaikan insurance dan
white card...Untuk insurance jumlah yang perlu dibayar adalah RM17 bagi 9hari
dan white card RM2 untuk seorang..Kami memasuki Thailand menggunakan border Wang
Kelian..sebelum ke Imigresen kami penuhkan minyak kereta dan terdapat satu sahaja stesen minyak berhampiran border. Mula-mula sekali pasport akan disahkan terlebih dahulu oleh Imigresen Malaysia.
Apabila kndraan memasuki Thailand sekali lg semakan pasport
oleh Imigresen Thailand.Selepas selesai Imigresen Thailand dokumen kenderaan disemak oleh kastam Thailand dan segala data kenderaan dimasukkan
kedalam sistem kastam Thai.Bagi sebuah kereta perlu mmbyr RM10, bagi yang membawa
kenderaan org lain dan owner kenderaan tiada perlu disertakan sekali surat kebenaran
owner utk mmbawa kenderaan ke Thailand. Sesudah memasuki kawansan Thailand 1st kami membeli simcard telefon bernilai 399bhat dgn kuota tersedia 1.5GB. Perjalanan dimulakan 100% menggunakan google maps, jangan pelik
jika google maps membawa laluan ke dalam kebun getah kerana itu adalah alternatif.
Kami tiba di Goodwill Aonang Hotel Krabi dlm pukul 5.30pm
wkt Thai dan 6.30pm wkt Malaysia yg telah kami tempah mnggunakan Trivago dgn hrga RM240 bg 4hri 3mlm...barang dh dibawa ke bilik bermula lh pncrian pckge utk hari ke-2 & 3.. Waktu mlm kami ke Night Market utk shopping menggunakan prkhdmtn Van dgn byrn 1200bhat
HARI KEDUA
06/08/2016 (Sabtu)
Hari ke-2 di Krabi dimulakan dgn pergi ke 4 pulau..Harga yg kami dapat utk dewasa 350bhat/1org dan kanak2 berumur 5tahun 250bhat.sprti biasa Tax 400bhat/seorang..dlm pakej 4pulau ini termasuk sekali mkn tengahari..Utk kesemua 4pulau ini kami bermula 9.30pg dan balik ke hotel jam 4.30pm. Penat tak hilang kami sewa scuter dgn hrga 200bhat/1hari utk shopping sekali lg dikawasan hdpn pantai..
7/8/2016 (Ahad)
Hari ke-3 di Krabi kami pergi ke Hot Stream,Emerald Pool,Tiger Cave dan Elephant Safari..utk pckge ini bayaran dikenakan sebanyak 800bhat trmasuk makan tnghri.kami bermula jam 8.30am sehingga 5.00pm..tiba dihotel kami hbiskan wktu ptg dgn brjln2 dikwasan pantai sambil tunggu wkt sewa scuter tamat.
8/8/2016 (Isnin)
Hari terakhir di Thai kami mula bergerak jam 8.30am menuju ke Tugu Ketam utk bergambr kenangan.Perjalanan pulang ke Malaysia kami menggunakan laluan Hat Yai-Padang Besar.Shopping diteruskan lagi dgn mmbeli beras 5kg/1org di kawasan sempadan Padang Besar sebelum kami keluar dari Thai. Sebelum memasuki Malaysia seperti biasa semakan dan cop Imigresen Thai dan seterusnya pemulangan Pas kndraan di kastam Thai..memasuki Malaysia sekali lg semakan dan cop di Imigresen Malaysia dan checking barang yg dibawa dan dibeli di Thai...
Alhamdulillah dgn kelajuan hanya 110km/j dikawasan Thai kami hanya mengisi sekali shj minyak di Hat Yai Thai sewKtu balik ke Malaysia dgn mengisi sebanyak 200-300bhat.selebihnya perjlnn kami mnggunakan minyak yg di isi di Wang Kelian...minyak di Thai Ron95 berharga 22.35bhat/1litr bsmaan RM2.60/1litr...
Road To Krabi berjaya dgn jaya nya dan kami semua enjoy...
SALAM PERKENALAN
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita saya ingin mewujudkan sebuah blog peribadi sendiri. Sangat seronok rasanya mempunyai satu blog sendiri yang boleh dicapai menerusi internet. Saya lihat ramai rakan-rakan saya yang sudah mempunyai blog sendiri, malah ada yang telah mula menjana pendapatan sampingan dengan hanya menulis blog.
Sebelum terlupa saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Norhirdayanthi bt Sulaiman pemegang nombor matrik 249234. Saya merupakan salah seorang siswi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Dengan Kepujian)secara PJJ di UUM Sintok, Kedah.
Saya tulis blog ni lebih kepada perkongsian minat dan juga perkongsian ilmu dan juga berkongsi pengalaman-pengalaman yang menarik.
Harapnya anda akan seronok dan enjoy berada dan membaca blog saya ini.....

Subscribe to:
Posts (Atom)
SAYA DAN MUZIK
Saya dan muzik tidak dapat dipisahkan....walaupun tak pernah join mane-mane pertandingan. Saya suke sangat dengar lagu yang betul-betul m...
-
Walaupun saya bukan dilahirkan di Bagan Datuk tetapi saya dibesarkan di sini selama hampir 30 tahun. Banyak perkembangan yang saya lihat ...
-
SEJARAH LANGKAWI... Entri kali ni saya nak share mengenai sejarah Langkawi. Saya sendiri dah banyak kali jugak pergi Langkawi tapi masi...
-
Dinosaur yang paling dikenali ramai pastinya adalah Tyrannosaurus Rex . Dalam Bahasa Malaysia, ia bermakna raja cicak yang kejam. Nama in...